Tuesday, August 16, 2016

Alhandullilah Lulus Lesen Memandu

Macam mana nak start ni? Panjang sangat citer bab ini sebenarnya dan dalam Bahasa Melayu lagi tau. Pasai apa? Sebab kalau bab Ujian Memandu JPJ, kite2 je paham kan? hehehe.. bertapa susahnya dan kecewa rasa dijiwa pabila dapat huruf "K" iaitu Kandas. 

Sebelum tu, aku cite bab throwback dulu. Aku mula2 ambik kelas memandu ni 2 tahun lepas agak nye. Aku rasa la sebab time tu selekoh Z, selekoh S, RPK dan RSM tak der lagi time tu dan Auto pon time tu ditunda. So gigihla aku ambik Manual. Pergi sendiri dekat Giant tu, ader stall kecik AMN (Akademi Memandu Nilai) dan tanye harga semua. Time tu agak-agaknya memang tak ready mentally nak drive walaupun terasa gatal nak drive. Berbeza tu. haha. 

Time Ujian Komputer,pertama kali Failed. Aduhss! 41/50 ... isk.isk.. ok ok sedih sangat, dah la kena tukar seluar sebab time tu pakai seluar pendek. Tak der la pendek nau, cuma tiga suku tu .. bawah lutut.oppss! Siap tipon parents aku hantar seluar. Hahaha after few weeks, aku ambik lagi. Alhamdullilah lepas! Mana tak lepas ..dah koyak rabak buku tu aku belek tutup belek tutup. Nak ingat katakan tapi aku ingat mana soalan yang aku rasa akan masuk ye la sebab dah fail last time.. belajar dari kesilapan. hahaha... 

Tertiba time ambik kelas 8 jam tu ..aku dah nekad. Aku mmg tak suker kete manual. Nak masuk clutch, brek, kawal minyak, gear. Arrghh... too much! Too much. Aku jadik lagi malas nak ingat. 
Dan time tu dapat plak cikgu yang tak bertapa best sgt. Sorang tu je. Aku paling tak suke kalo dorang pegang stereng sekali lepas tu cakap "lembutkan tangan" arrghh... mana nak lembutkan tangan , tangan ko kat stereng kot?! Tapi ader cikgu yang best dan memberi nasihat yang bagus untuk aku ingat (time tu je la). Tapi aku buat half way je, dalam 4  jam gitu lepas tu aku dah tak nak, sebab aku malas nak dengar cikgu tu membebel. Rasa nak jerit je kat muke dia..tapi disebabkan aku jenis tak cakap balik, aku buat bodo je. 

Dalam berbulan mengelak, aku pikir2 nak teruskan jugak abis kan lesen time tu sebab tempoh lesen L dah nak tamat. So konon nya.. boleh la kan. Then time tu, Auto dah mula beroperasi balik. So budak2 lain boleh la ambik auto. Time aku belajar (konon nya nak abis kan kelas 8 jam) dah dok pikir, best la pulok ambik Auto, cam senang je. Lagipun mmg aku nak beli kete Auto.

Aku cakap ngan Abah aku, aku nak ambik Auto tapi time tu Auto belum lagi berkuatkuasa, kete auto memang dah ader kat Akademi tu tapi untuk standby. OK tak pe. Aku gigihkan jugak nak tunggu Auto nye lesen.

Berberapa bulan kemudian, bila Auto dah ON, aku pon nak ambik Lesen lagi tapi lesen Auto. Silapnya, this time aku pikir aku nak ambik pakai tempat memandu yang lain. Sesekali, agen rupe nye. Memang aku tak tau pasal benda2 ni. Abah aku siap bayarkan 200 RM dulu tapi agen tu cakap 
tak yah ambik Auto sebab Auto or A tu untuk Cacat je dan tambahnye lagi aku hanya boleh drive satu brand kete je. Penipu. Mmg dulu A untuk orang cacat tapi DA sekarang untuk Auto dan aku boleh drive mana2 kete asalkan Auto. Mmg rasa bodoh jugak la. Tak pe tu. So kali nih aku nekad nak abiskan jugak lesen memandu this year. 

Aku lalui nya balik segala nya iaitu kursus 5 jam K.P.P. (Kursus Pendidikan Pemandu) dan
Ujian undang-undang berkomputer. Time kursus Pra L tu plak aku kenal minah ni, die ambik Auto. Dia cakap Kakak dia pon ambik Auto jugak then bile aku tengok kakak dia ambik, pakai Iriz! huh! Balik tu, aku cakap ngan Abah, aku nak tukor Auto. Aku cakap ngan Agen nanti tapi agen aku cakap cam2 "tak boleh la" "langgar undang2 la" sebenarnye dia malas nak pi JPJ tukor Lesen aku je. Last2 aku geram, aku siap tanye kat ader sebuah blog untuk tips2 memandu nih, dengan harapan boleh ke aku tukar Manual ke Auto. Alhamdullilah, dia reply kate boleh tukar Lesen manual ke Auto tapi lesen Auto ke Manual tak boleh. Cuma aku hanya pergi dekat kaunter JPJ Senawang then tukar je, bawak gambar passport, IC dan RM15 untuk proses tu je. Ha! Time tu aku cakap ngan Abah aku kite pergi sendiri! 

Biler dah dapat Lesen Auto, aku telefon agen aku balik, kate aku dah tukar Lesen Auto tak der masalah so dia kena book aku nye kelas 8 jam tu je under Auto. Speechless beb! hahah!
Dia warning nanti harga pon tukar, dalam hati aku cakap "tukar la, aku yang sanggup bayar tau!" 
Bukan dia pun datang ambik, dua tiga kali je then the rest either Abah aku or Kakak aku yang antor. 
Time ambik Auto tu mmg excited tapi sebabkan pakai kete Saga yang agak panjang, aku pon terkial jugak nak meng"adjust". Cikgu Auto plak ader yang best, ader yang sangat cam hampeh, tak abis "tarak boleh cam ini, gagal ni" asyik2 nak cakap gagal, demotivated betul. Aku sabar je la. 

Lepas tu aku test JPJ, First JPJ test bulan April,  aku agak konfiden sbb aku rasa aku yakin dengan Auto ni. Lepas je RSK , pergi buat selekoh Z dan S , dah ok dah! aku rasa boleh lepas ni. In sha allah. Then suruh on the road atau Bahagian 3, tak sampai 5 minit, aku gagal sebab aku tak berhenti bile lori tu dari depan.  Aku main redah je sampai terkeluar dr garisan putih. Org JPJ tu cakap "kitaorg tak ader la rigid sgt tapi kesalahan awak nih besar,  bla bla bla". Aku dah tak  dengar dah. Hati aku kecewa. Sgt kecewa dengan diri sendiri. Aku dapat je kertas dari JPJ tu, aku tipon Abah aku suruh ambik. Abah aku nak tenangkan hati, cakap "tak pe, ambik lagi, cuba lagi". Balik je rumah, aku terus baring dan hilang mood serta merta. The whole day, aku rasa sgt tak best cam aku dah kecewakan Abah aku. 

Lepas tu aku tipon agen aku suruh book repeat tapi sebenarnye time tu aku rasa sgt kecewa aku terus balik. Aku tak tungu pon tuk abiskan Bahagian 2. Aku cuma tinggal ramp, tiga penjuru, parkir sisi dan bukit je. Bonggok tak? so kiranya aku kena ambik the whole thing again. Bahagian 2 dan 3. So janganla jadi kecewa sangat cam aku. Fail je Jalan raya terus aku pikir fail semua. lol. 

So kiranya setiap minggu, aku dok tipon agen aku yang bile repeat. Aku rasa dia dah boring dgr suara aku  dan aku pon dah naik boring tipon die. urghh..  anyway, then at last agen aku cakap repeat on 12 July mmg lepas raya, aku pon cakap ok. Tup! tup! tak jadik plak, August katenye! Aku cakap ok and aku nak refresh balik dan book kelas 2 jam utk aku sebelum exam tu. 2 jam tu sama dengan RM90 kau. sabor sabor. Time belajar tu plak, cikgu tak ramai sgt so aku dpt cikgu yang best skit. Dia kasi tips yang sgt berguna. So aku berterima kasih ngan dia. Sorang cikgu tu plak tak abis nak demotivate aku. "amoi, tekan brek" "slow2" "gagal ni" tu je dialog dia kekadang. hahaha tak pe la sabar je la. senyum tu manis. 

Second repeat plak, aku nervous mmg hati tak senang la.. nak wat ape pon tak senang la .. muka aku rasa ketat je pagi tu. tak lalu makan, bawak air je. Tapi kali nih aku dah tau sedikit dan aku belajar dr mana aku silap last time, so bile ulangan Jalan raya, aku pon relax, JPJ cam biasa buat muka garang. then aku drive, time aku drive tu... tak abis2 baca Bismillah. Aku pon drive slow, hand brek naik , letak N bile berhenti dan time aku drive tu ramai je dak2 Kandas cam aku dulu. Aku drive je, tak tau la time tu JPJ dok sibuk tipon orang , tanye pasal income tax dia. hahah so aku rasa cam dia tgk tak tgk la jugak..lol lepas je sampai kat Akademi tu, aku syukur sebab aku lulus Bahagian 3! yay! Lepas satu. Then tunggu Bahagian 2. 

Aku tunggu dalam 6 jam baru turn aku untuk bahagian 2. Bukit, tiga penjuru, ramp , sisi parking semua ok TAPI bile time nak ke selekoh Z , kete aku terkena divider plak!!!!!!! aku tgk JPJ tu suruh aku kuar, dah agak dah aku gagal sebab langgar divider! adduuh!! pe punye fail la cam gini! 

Aku kecewa lagi, aku mmg tak der mood langsung time keje which is aku tak leh nak cuti sbb colleague aku honeymoon. So pagi tu aku tak tidu sampai keesokan hari nya baru aku tido sebab aku masuk kul 9 malam sampai 6 pagi.Giler punye keje.  Staycation aku kat KL 2 malam nak recover tido punya pasal. 

Tapi kali ni, aku cepat naik semangat sebab aku masih bersyukur aku lepas Jalan Raya. So aku motivate lagi tuk Bahagian Litar plak. Agen aku plak bukan nak cakap awal, repeat aku plak the next week. Cam giler cepat, aku terpikir nak ambik lagi kelas tambahan , nak prepare bagai tapi hampeh, aku main bantai je la. 

Kali 3 repeat plak, aku nervous ,,,aku terlampau nervous sebab aku rasa tak ready. Aku dok pikir selekoh Z ... addduuhh! budak sebelum aku gile nervous sampai pegang tangan aku then dia cakap "takutla, takutla" aduhh lagi aku nervous siottt.. tak lena tidu aku sebelum repeat nih! 
Itu pon tunggu lama gak, dalam 4 jam aku tunggu turn, last2 sebelum lunch hour.

Alhamdullilah! Lulus jugak aku! Walaupun aku rasa JPJ tu lembut hati hari tu. Aku rasa cam tak lulus part S parking sebab aku reverse balik tapi sebabkan aku tak langgar divider, kasi lepas.  Lepas lulus tu terus bodek JPJ tu, "Saya belanja minum!"  sengih je Encik JPJ tu. 

Terus telefon Abah aku dengan excited nye aku cakap "Lulus!!" 

Jadi, ujian sebenar adalah di jalan raya kelak. Slow-mlow la aku bawak! 

Sekian, 
SS