Tuesday, April 26, 2016

Test JPJ: Part 1

Tarikh 26th April  2016 adalah tarikh yang tak berapa best. Aku failed TEST JPJ. 


                                                              Image result for sad face meme

Fail di jalan raya sebab aku tak kasi laluan kat lori hadapan. Sebenarnye aku dah panik/cuak sebab lori tu laju gak. Then tersasau plak ke kiri. Lepas pegawai tu cakap tolong berhenti kat tepi, dah agak dah. Hancur jugak la hati aku. Dengarlah ape kesalahan yang lain aku buat lepas tu. Tapi kesalahan lain tak mandatori. So, sayang part tu je la. Salah aku jugak lah. Lain kali aku akan ingat part tu. Aku akan jadi lebih berhati-hati. 

Aku terpikir time aku belajar tak der plak lori2, kereta nak lalu situ. Ceh! mmg tak der rezeki. 

Selekoh Z and Selekoh S kira OK. Aku rasa la. Tang bukit tu plak, aku tak buat..ye la.maybe lepas jalan raya aku sambung aku rasa. 

At least pegawai JPJ tu ok la. Tak der la garang ke nak marah2 ke. Relak je cakap kat aku , siap kasi tips. Bile time Abah aku ambik je, terus buat muke monyok. 

"Kena repeat, Bah" 
"Ala, tak pe ambik lagi. Biasa la nervous. Kakak pon repeat jugak dulu kat jalan raya gak." 
"Ye la" (dalam hati, mintak maaf sebab nak dpt nak gembirakan hati Abah) 

Keluar lagi duit untuk ulangan. Tak tau la berapa kan sebab through agen. Kalau dah tau nanti, kang saya bagitau. Sekarang ni sesi memulihkan hati yang lara/kecewa/pasrah. So balik je dari test tu, aku tidur. 

Time kat test JPJ tu, ramai jugak yang ulangan, Tak pe! Cuba dan cuba lagi! Bak kate orang, don't afraid to fail. Belajar dari kesilapan. Tengah  tengok balik ape point2 yang missed out dan tengok ape yang boleh di perbaiki. 

Baca banyak blog-blog pasal ulangan ni, der yang sampai 3 kali, 5 kali.. last2 pass jugak! Tu yang naik semangat! Cuba lagi, wahai Ena! Nampak tak dah ke psycho tu. 

Time buat RPK lagi best, check enjin je. lol! Terlupa plak indicator bateri. Tapi kira lulus la part tu. Dah visualized dah nak raba2 kereta. lol! RSM dan CITO wajib buat. So masuk je kereta memang kena wat mental note, kena buat! Pegawai yang jaga RPK tu pulak, tanye plak pasal insurans. Tau la aku keje insurans tapi  aku tulis polisi je tak jaga pon part claim.  

Okie la kawan2. Nanti update lagi ye pasal Test JPJ ni. Wish me luck! 

                                                          Image result for you can do it!


SS








No comments:

Post a Comment